“In Your knowledge if this action is bad for me, bad for my religion and faith, for my life and death, for here and the hereafter then turn it away from me and turn me away from it. Whatever is better for me, ordain that for me and then make me satisfied with it. Amien Ya Rob..
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani
kita ada permulaan ,dilahirkan di dunia ini dengan tubuh badan dan hati yang suci ..masa tu kita semua jahil ! tak berdaya ! dan sangat lemah kurang segalanya lalu alam seakan berkata ''jika kamu ingin hidup dalam dunia ni kamu harus sabar''.. maksudnya hidup kita semua berbeza2 dengan kadar ujian ! jika berat ujian itu dia akan lebih berkualiti..inilah sunnah kehidupan ! dari situ kita diberikan masa utk mengejar mimpi,jika kita mahu mengejar mimpi yang besar maka kamu perlu berdepan dengan ujian .








No comments:
Post a Comment