SNOW

Cemburu

>Aku percaya cemburu itu buta… tapi buta juga kekadang bertempat.. pastinya cemburu itu tidak hadir bila kita percaya yang c dia tiada kaitan perasaan dengan kekawannya, walaupun lain jantinanya. Cuma terbit rasa cemburu itu bila kita sendiri tidak pasti apa perasaan c dia terhadap kekawannya yang belainan jantina. Mungkin kita bleh mengandaikan yang c dia tidak tertarik langsung ngan kekawannya walaupun berlainan jantina, namun apa pula sebaliknya… apa yang dirasa oleh kekawannya yang lain jantinanya terhadap c dia… lantas api cemburu itu wujud dalam hati kita.

Semua itu hanya andaian. Namun jika tidak difikirkan cemburu itu tidak hadir. Cemburu itu hadir dari rasa kasih yang mendalam terhadap c dia. Kita hanya mahu dia untuk kita, dan dia hanya untuk kita. Untuk berkongsi kasih sayang hanya ngan dia. Lantas rasa ingin memiliki, rasa ingin melindungi itu mewujudkan rasa cemburu. Oleh itu, tanpa disedari wujud layanan manja dan juga pujuk rayu.
Cemburu itu sifatnya pada hati. Bukan pada fizikal manusia. Cemburu itu tidak akan hadir bila kita percaya c dia hanya kuar ngan kekawannya dan tidak wujud perasaan cinta antara mereka. Namun kita akan tetap cemburu bila c dia kuar bersama kekawan lain jantinanya.. walaupun beramai2.. pada masa yang sama..bila kita yakin wujud satu rasa antara mereka. Itu cemburu bagi aku…

Jika difikirkan sebenarnya rasa cemburu itu adalah suci. Coz ia adalah rasa untuk memiliki, rasa untuk melindungi. Tapi bila rasa itu berlebihan maka tanpa kita sedari yang c dia kini telah berada dalam penjar yang kita ciptakan untuk dia. Pada aku ini adalah suatu yang amat bahaya…

Untuk membiarkan cemburu itu suci sifatnya, segalanya harus sederhana. Untuk mencipta sesuatu yang sederhana, fikiran dan andaian kita juga harus sederhana sifatnya. Kita seharusnya sentiasa memberikan suatu andaian yang baik, namun harus berwaspada… coz jika tiada andaian, maka tidak akan wujud cemburu… lantas tiada lagi kawalan juga tiada lagi rasa ini memiliki. Rasa ingin memiliki dan kawalan itu jgn sesekali di salah ertikan… kerna rasa itu yang akan menghasilkan layanan manja, pujuk rayu yang menjadi pemanis dan dalamnya rasa cinta…




Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

No comments:

Post a Comment