dulu kita pernah
katakan. engkau si mentari dan aku sang bulan.
aku bulan penuh dengan rakan. bintang bintang berkelipan.
dan engkau si mentari. bersendirian.
aku bulan penuh dengan rakan. bintang bintang berkelipan.
dan engkau si mentari. bersendirian.
kerap
kali kita nyatakan. engkau mentari dan aku si bulan.
adakah mungkin telah ditakdirkan. sebagai pasangan atau sekadar rakan.
adakah mungkin telah ditakdirkan. sebagai pasangan atau sekadar rakan.
kita
cuba. cipta bahagia. adakala suka. adakala derita.
engkau aku dua dunia berbeza. bersatu kita gerhanalah jiwa.
engkau aku dua dunia berbeza. bersatu kita gerhanalah jiwa.
kini telah ternyata. takkan terjadi
kisah bulan dan mentari yang kita cipta.
ceritera lapan tahun berakhir sekelip mata.
masing masing punya cerita dan cita. engkau aku punya jalan berbeza.
ceritera lapan tahun berakhir sekelip mata.
masing masing punya cerita dan cita. engkau aku punya jalan berbeza.
maaf. i’m
not your perfect two.
maaf. cukup sampai di sini.
maaf. untuk segala janji.
maaf. untuk segala budi.
maaf. cukup sampai di sini.
maaf. untuk segala janji.
maaf. untuk segala budi.
terima
kasih.
apa pun yang terjadi. yang telah terjadi dan yang akan terjadi.
ingatlah bahawa engkau pernah berada di dalam hati ini.
apa pun yang terjadi. yang telah terjadi dan yang akan terjadi.
ingatlah bahawa engkau pernah berada di dalam hati ini.
p/s:: ini yang terbaik buat engkau dan aku. kita tahu cerita kita. usahlah di canang lagi baik buruk kita. simpan sahaja sebagai kenangan bersama. andai di tanya kenapa, jawablah sudah tertulis jodoh kita hanya sampai di sini sahaja.kerana kita tahu, bakal bertemu bahagia dalam perpisahan yang tercipta.
aku mungkin hilang engkau sebagai matahariku. tetapi aku tahu
ada pelangi yang bakal mewarnai hidupku.








No comments:
Post a Comment