Bila Anda marah, Anda sebenarnya sedang meletakkan diri Anda di depan pintu gerbang sikap negatif.
Marah
adalah emosi negatif paling kuat.
Sesiapa yang selalu marah maka dia adalah orang beremosi
negatif. Sikapnya juga automatik jadi negatif.
Emosi negatif lain adalah benci, dendam, sakit hati, cemburu.
Marah
Sifatnya Api
Apa saja bersifat api akan memusnahkan.
Memusnahkan persahabatan, memusnahkan motivasi, memusnahkan
cinta antara suami isteri,
memusnahkan cinta antara seorang hamba dengan TUHAN juga
memusnahkan iman di dalam diri.
Amatlah merugikan jika anda kehilangan yang dimiliki hanya
kerana menurut nafsu amarah
demi kepuasan diri yang sementara.
Bila Anda marah, berikut adalah dua perkara yang Anda perlu
lakukan.
1. Cuba
bertenang.
Jangan lawan marah. Makin dilawan, makin terasa mau marah.
Tenangkan diri. Tenangkan emosi.
Tarik nafas supaya Anda beroleh kekuatan untuk menenangkan diri.
Hampirkan diri Anda dengan tempat yang sejuk, yang kurang orang
dan kurang kebisingan.
Lebih afdal jika anda dapat mengambil wuduk dengan segera.
2. Amalkan
Maaf.
Maafkan orang yang Anda marah dan jangan ingat lagi
kesalahannya. Anggap tidak ada apa-apa berlaku.
Anggap macam biasa (Nota: hal ini sangat mencabar. Ia
memerlukan latihan berterusan!
Ego mendorong Anda tidak mahu melupakan perkara yang membuat
Anda marah.
Hati-hati dengan diri sendiri).
Turunkan
ego.
Bagaimana?
Jangan ungkit pasal siapa Anda, untuk mendabik dada dengan
jawatan Anda, duit Anda,
gaji Anda, kedudukan Anda, pangkat Anda, anugerah-anugerah Anda,
pujian-pujian yang diberi kepada Anda,
tahap pendidikan Anda, paling penting sekali jangan ungkit
kebaikan-kebaikan Anda.
Mengungkit hanya menyebabkan ganjaran pahala menjadi kosong ,
jangan sampai anda menjadi
orang yang muflis di akhirat walaupun telah membuat beribu-ribu
kebaikan.








No comments:
Post a Comment