SNOW

Roda Kehidupan

Betullah orang cakap hidup ni umpama roda, tak selalunya kita berada di atas, tak selalunya kita senang, kegembiraan sekelip mata boleh bertukar menjadi kesedihan. Roda ni pun berpusing-pusing,tak selalunya laluan yang dilalui itu rata, ada masanya berbatu, lecak, berair dan kotor. Itu semua boleh juga diumpamakan jatuh bangun kita. Mudahnya sesuatu roda itu melalui jalan yang rata seperti mudahnya kita melalui hidup yang tanpa masalah akan tetapi sukarnya sesuatu roda itu melalui jalan yang berliku dan berbatu seperti sukarnya kita membuat sesuatu keputusan apabila dirundung masalah. Setiap org ada kisah hidup masing-masing kan? Tak bermakna hidup ini sekiranya tiada dugaan dan cubaan yang mendatang. Tetapi percayalah sekiranya kita bersabar dalam menempuhi ranjau hidup ini, tiada yang mustahil, setiap masalah pasti punya jalan penyelesaian.



walau berliku mana pun jalan yang ditempuh akhirnya pasti sampai ke destinasi jua, sebesar mana dugaan yang mendatang, kita harus tetap bersabar dan yakin bahawa jalan penyelesaian itu pasti ada.  . ““Follow your heart, but be quiet for a while first. Ask questions, then feel the answer. Learn to trust your heart.”





Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

No comments:

Post a Comment