SNOW

Bas terbabas di Masjid Tanah



MASJID TANAH - Jeritan penumpang yang duduk di 
bahagian hadapan  bas kilang mengejutkan separuh 
penumpang yang lain sebelum bas yang mereka naiki 
terbabas ke kiri jalan merempuh tiga kedai di Jalan 
Hutan Simpan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, bas yang 

dinaiki sekumpulan pekerja kilang itu dalam perjalanan
menuju ke Kilang Recron di Tangga Batu dari arah Kuala
Sungai Baru terbabas, lalu merempuh deretan kedai 
selepas mengelak daripada bertembung dengan sebuah
lagi bas kilang yang datang dari arah bertentangan.

Bas kilang terbabit terpaksa membelok ke kiri jalan yang 

menempatkan kedai makan, kedai bunga dan 
kedai mencuci kenderaan.

:Rempuhan kuat itu menyebabkan cermin hadapan bas 

kilang terbabit pecah ditusuk tiang kayu kedai mencuci 
kereta dan bahagian hadapan bas remuk teruk, sementara 
kedai berkenaan runtuh serta rosak teruk.

Pekerja kilang, Nora Leman, 24, berkata, dia dan 

sebahagian rakan yang berada di bahagian tengah dan
belakang bas dikejutkan dengan jeritan penumpang yang 
berada di tempat duduk bahagian hadapan namun tidak 
mengetahui apa yang berlaku.

“Beberapa saat selepas itu, saya terasa gegaran dan bas 

seolah-olah meluncur laju ke sebelah kiri jalan kemudian 
terus merempuh deretan kedai.

“Bas kemudiannya terhenti selepas melanggar sebatang 

tiang elektrik lalu menghentam kedai mencuci kereta,” katanya.

Menurutnya, mereka semua panik apabila bas terbabas dan

 terpaksa keluar daripada bas melalui pintu kecemasan.

“Bahagian hadapan bas hancur dan atap zink kedai ‘menghunus’

 masuk menerusi cermin hadapan bas yang sudah pecah,” katanya.

Nora yang masih lagi terkejut dengan kemalangan itu berkata, 

bas kilang yang dinaikinya itu terpaksa mengelak sebuah bas 
kilang lain yang datang dari arah bertentangan yang cuba untuk 
memotong kereta di hadapan namun gagal.

“Bas kilang dari arah bertentangan itu dari arah Sungai Udang 

menghala ke Masjid Tanah gagal memotong kereta di hadapan 
lalu merempuh bahagian kiri jalan,” katanya.

Saksi kejadian, Zaiton Hasan, 50, yang berada di belakang 

bas menuju ke tempat kerjanya di CIMB Bank Jalan Bendahara
 sempat memberhentikan kereta selepas menyaksikan sendiri 
bas kilang terbabit terbabas di kiri jalan.

“Saya dan suami berada betul-betul di belakang bas kilang 

terbabit. Kami terkejut melihat bas tiba-tiba membelok 
merempuh deretan kedai.

“Itu pun nasib baik bas kilang dari arah bertentangan yang cuba

 memotong kereta di hadapannya sempat memasuki laluannya 
semula, jika tidak pasti kereta kami turut dirempuh,” katanya.

Sejurus menyaksikan kejadian itu, Zaiton terus menghubungi 

talian kecemasan dan mendapatkan bantuan selepas mendapati
 pemandu bas kilang dan dua pekerjanya mengalami kecederaan.

Berikutan kemalangan itu, pemandu bas kilang terbabit dibawa ke 

Hospital Melaka untuk rawatan lanjut, sementara dua pekerja dihantar 
ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan pesakit luar.

Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

No comments:

Post a Comment