SNOW

Jangan Mencaci Sesama Kite


 Jangan sesekali kita mencaci atau mengatakan perkara yang buruk kepada seseorang. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang sangat dikutuk serta dibenci oleh Allah S.W.T. Jika seseorang itu terlibat dengan perbuatan mencaci orang lain, dengan sendirinya menggambarkan keburukkan pada diri sendiri.

       Sedarlah bahawa orang ramai tidak akan menyukai kepada orang yang suka mencaci. Sikap menjauhkan diri dari perbuatan suka mencaci orang merupakan ahklak mulia yang perlu ada di dalam diri setiap orang. Beberapa perkara yang boleh disemai  atau diamalkan sifat tidak suka mencaci orang lain:


a). Memahami bahawa mencaci orang lain adalah perbuatan yang amat terkutuk di sisi Allah S.W.T


b). Menyedari bahawa mencaci orang lain tidak ada faedahnya, malahan akan menimbulkan permusuhan.


c). Menyedari keaiban diri sendiri yang mungkin lebih banyak daripada keaiban orang lain.



Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

No comments:

Post a Comment