Earth Hour 2011
Bukan Sekadar Padam Lampu!!!!!!! Baca Simbolik & Sejarah..........
Hari ni 26 Mac 2011 merupakan Hari Earth Hour 2011. Kalau siapa
dah biasa dengan Earth Hour ni, memang sedia maklum, bila 26 Mac setiap tahun, merupakan Hari Earth Hour sedunia dan pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, negara yang menyertai dan menyokong akan memadamkan lampu serta peralatan elektrik mereka selama tempoh itu iaitu selama sejam (60 minit)
Apa itu Earth Hour?
Earth Hour merupakan kempen untuk membanteras pemanasan iklim global oleh WWF (World Wildlife Fund) yang dipelopori oleh WWF Australia untuk menanggulangi pemanasan global. Kemudian, tahun ke tahun Earth Hour disambut baik oleh masyarakat dan pemerintah seluruh dunia.
Kenapa Perlu Tutup Lampu?
Earth Hour bertujuan untuk mendidik masyarakat dunia tentang ancaman perubahan iklim yang berlaku kini di samping menerbitkan kesedaran dalam diri individu bagaimana perubahan kecil boleh boleh menyumbang kepada perubahan besar dalam rutin seharian. Bayangkan bumi yang tidak mampu lagi untuk menjadi tempat anda berteduh, menyebabkan kehidupan jadi kelam, dan tidak mampu untuk berbuat apa, menjalankan kehidupan. Itu yang aku faham di sebalik simbolik pemadaman lampu selama sejam ini.
Sejarah Earth Hour
Untuk mengetahui sejarah Earth Hour saban tahun sejak tahun 2004 sehingga sekarang, boleh rujuk di laman rasmi Earth Hour 2011. Yang pastinya, negara kita mula menyertai kempen Earth Hour ni sejak Earth Hour 2009. Dan pada tahun 2009 lah banyak negara menunjukkan minat untuk menyokong usaha WWF ni.
Sekitar Gambar Menara terkenal semasa Earth Hour 2009
Kuala Lumpur City Center (Petronas KLCC), Malaysia yang sedia bergelap.
Menara Eiffel di Paris … Eiffel I’m in Love!!
Burj Al Arab yang mengagumkan pun padamkan lampu!







No comments:
Post a Comment